Menu
×

Pemandu Peribadi

Mengapa Memilih Pemandu Peribadi?

Perkhidmatan pemandu peribadi semakin mendapat sambutan di Malaysia. Pelancong, ahli perniagaan, dan ramai lagi gemar mendapatkan perkhidmatan ini kerana pelbagai manfaat yang disediakan.

Pemandu peribadi akan menjemput anda dan membawa anda ke destinasi anda pada masa berdasarkan jadual yang anda telah perincikan dalam tempahan anda. Anda tidak perlu lagi berasa runsing dari masa ke semasa dan apa yang lebih baik adalah anda hanya perlu duduk di tempat duduk belakang dan menunggu ketibaan anda ke destinasi yang dituju.

Pemandu yang diupah adalah seorang yang profesional. Ini bermakna mereka telah menguasai langkah-langkah keselamatan ketika memandu dan mereka tahu selok-belok jalan di sekitar bandar-bandar dan negara. Mereka boleh keluar dari kesesakan lalu lintas dan seboleh-bolehnya akan mengurangkan risiko kemalangan dan sesat.

Untuk urusan perniagaan dan pelancong yang berkemampuan, perkhidmatan chauffer akan memberikan anda pandangan yang baik apabila anda tiba ke destinasi anda. Anda sentiasa kelihatan bergaya kerana tiada apa-apa yang lebih glamor selain daripada mempunyai pemandu yang membawa anda ke destinasi anda dan membuka pintu kereta apabila anda keluar.

Perkhidmatan chauffer berjalan mengikut jadual. Ini bermakna anda akan dapat menjimatkan masa kerana ia mengikuti arahan persediaan tertentu untuk penghantaran dan ketibaan. Anda tidak perlu menunggu lama untuk kereta anda tiba. Ia sentiasa ada menunggu untuk anda.

Mengapa Perlu Memilih Kami?

Perkhidmatan chauffer kami adalah bertaraf 5-bintang. Kami mempunyai pemandu profesional yang terlatih dan hanya memandu kereta yang berada dalam keadaan terbaik. Kami telah berkhidmat dalam bidang ini selama 5 tahun seterusnya memberikan kami kelebihan berbanding syarikat-syarikat kereta sewa yang lain. Kami bangga dalam perkhidmatan chauffer kami dan kami akan terus memperbaiki kelemahan yang wujud demi kepentingan semua pelanggan kami.

Contact Us

Big Thumb Rent a Car Ventures
2-2-12B, University Place (Plaza Ivory), Halaman Bukit Gambir,
11700 Gelugor, Penang, Malaysia
+604-655 3649/ +604-656 6896
+604-657 2608
info@bigthumbgroup.company

Bagaimana untuk Menempah Kereta Anda dengan BigThumb